FAKTOR KEDATANGAN
Faktor-Faktor Perkembangan Islam Di Alam Melayu
Berdasarkan buku berjudul ‘Theories on The Introduction and Expansion of Islam In Malaysia’ karya Professor Cesar (Qaisar) Adib Majul (1966) telah mengemukakan beberapa faktor sebagai pendorong kepada perkembangan Islam di Tanah Melayu antaranya ialah:
Faktor Keistimewaan Islam
1. Ajaran Islam sangat mementingkan konsep ketuhanan.
2.Islam juga ajaran yang menekankan tuntutan jasmani, rohani serta aqli sesuai dengan fitrah manusia.
3. Islam mengutamakan persamaan hak, akhlak yang mulia, persaudaraan sesama manusia dan sebagainya.
4. Islam merangkumi semua aspek kehidupan.
5. Islam merupakan agama yang mudah difahami, mudah diamalkan serta mudah dilakukan.
Faktor Perkahwinan
Perkahwinan merupakan satu langkah ke arah membina rumah tangga malah Islam menggalakkan perkahwinan bagi mengelakkan kejadian maksiat. Pada zaman dulu, perkahwinan ini berlangsung kebanyakannya antara golongan sufi, pedagang-pedagang dan pendakwah dengan anak-anak gadis tempatan termasuk puteri-puteri di istana dan anak-anak pembesar di setiap negeri-negeri berhampiran atau negeri-negeri yang ditakluki. Dengan ini golongan masyarakat alam melayu untuk memeluk Islam adalah tinggi.
Faktor Pemimpin Atau Pembesar
Pengaruh pemimpin atau pembesar seperti raja atau sultan sangat memainkan peranan dalam penyebaran agama Islam di alam melayu ini. Kebanyakannya negeri yang masyarakatnya begitu taat serta taksub dengan pemimpinnya akan mengikut agama yang dianuti pemimpin mereka. Oleh itu jika pemimpin atau pemerintah mereka memeluk Islam secara tidak langsung masyarakat melayu turut akan memeluk Islam berdasarkan konsep daulat dan derhaka kerana tradisi taat kepada pemimpin yang memerintah tanpa ada sebarang bantahan atau tentangan telah tertanam dalam jiwa raga masyarakat alam melayu dari dulu sehingga kini.