top of page

PENDAHULUAN

  • Writer: kedatanganislam
    kedatanganislam
  • Sep 15, 2015
  • 2 min read

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah kami disini telah diamanahkan untuk membuat tugasan mengenai teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Tamadun dalam konteks masyarakat selalu dikaitkan dengan konsep yang luas maksudnya. Teori kedatangan tamadun Islam ke tamadun Melayu juga berkaitan dengan teori asas yang diketengahkan oleh para sarjana dan ilmuan terulung.

Para pedagang memainkan peranan yang amat penting dalam usaha penyebaran Islam ke Tanah Melayu. Terdapat juga aktiviti menjalankan dakwah melalui perkahwinan dengan wanita tempatan kemudian mempunyai keturunan beragama Islam. Islam juga tersebar secara tidak langsung membuktikan secara mutlak bahawa agama Islam telah dibawa masuk ke Asia Tenggara dan wujudnya interaksi antara tamadun-tamadun yang berlainan. Agama Islam amatlah istimewa kerana agama Islam sangat mudah difahami dan diamalkan. Selain itu, agama Islam juga amat menekankan hak kesamarataan antara lapisan masyarakat, sifat rasional dan logikal.

Dalam konteks kedatangan agama Islam ke Tanah melayu, terdapat tiga teori mengenainya yang telah dikemukakan oleh beberapa orang sarjana. Teori – teori ini menunjukkan perbezaan pendapat mengenai tarikh dan punca kedatangannya dan juga kawasan yang menerima agama Islam. Teori pertama menyatakan bahawa Islam dibawa terus dari semenanjung tanah Arab, dan seterusnya dari China dan India. Selain itu, terdapat juga kesan kedatangan Islam ke Tanah Melayu yang mempunyai pelbagai aspek.

Di semenanjung Tanah Melayu, Melaka telah muncul sebagai pusat tamadun Islam yang menguasai selat Melaka sekitar tahun 1600 Masihi dan telah dibuka oleh Parameswara. Penyebaran agama Islam di Tanah Melayu melalui dua tahap iaitu pada tahap pertama adalah tahap kedatangan atau ketibaan dan pada tahap kedua pula adalah tahap perkembangan. Kewujudan negeri-negeri yang terawal menerima pengaruh Islam itu dibuktikan melalui artifak seperti batu nisan, batu bersurat serta catatan pengembara Cina, Arab dan Portugis. Agama Islam mula disebarkan di Tanah Melayu.

Sebagai kesimpulannya, Sejarah kedatangan islam sangat dominan dalam pembentukan tamadun kerana hal atau perkara yang berkaitan dengan nilai-nilai yang baik dan tingkahlaku yang mulia merupakan ciri-ciri tamadun yang amat dititikberatkan dalam pembinaan sesebuah tamadun. Teori kedatangan islam ke tamadun Melayu mempunyai pelbagai kaedah dalam penyebaran agama Islam melalui pedagang pedagang dari Arab, China dan India. Melalui perdagangan ini, maka secara tidak langsung telah berlaku perkembangan islam termasuklah melalui proses perkahwinan, nilai akhlak, dari aspek kepimpinan, sikap golongan agama dan lain lain.

 
 
 

Commentaires


Featured Review
Tag Cloud

© 2015 HAK CIPTA TERPELIHARA - Pengajian Malaysia Team PNS

  • Facebook B&W
  • Twitter B&W
  • Google+ B&W
bottom of page