OBJEKTIF KAJIAN




Kami dikehendaki menjalankan satu kajian tentang kedatangan Islam ke Tanah Melayu, mengikut kehendak format yang diberikan oleh pensyarah. Kami telah bersetuju memilih Kedatangan Islam ke Tanah Melayu sebagai hasil kajian kami. Kajian kami ini merangkumi objektif-objektif berikut :
0bjektif 1
Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih.
Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu kami membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat dan berguna kepada kami untuk tahap pengajian yang lebih tinggi kelak. Bukan itu sahaja, berguna juga kepada pelajar pelajar lain yang mencari bahan ilmiah seperti ini. Kami cuba bantu sebaik mungkin untuk mencari maklumat yang benar dan tepat untuk dikongsikan bahan ilmiah ini bersama
0bjektif 2
Menambah pengetahuan tentang teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu.
Dalam masa yang sama, kami dapat menjelaskan teori kedatang Islam ke Tanah Melayu dari 3 negara, iaitu daripada negara Arab, China dan juga India. Ketiga tiga negara ini datang ke tanah melayu dengan pelbagai cara. Maksudnya disini adalah mereka datang ke tanah melayu dengan faktor perdagangan dan sebagainya.
0bjektif 3
Mengetahui kesan yang terdapat dalam kedatangan Islam ke Tanah Melayu
Usaha membuat kajian ini, kami dapat menjelaskan kesan kedatangan Islam ke Tanah Melayu daripada pelbagai pengaruh antaranya pengaruh budaya, politik, agama dan lain lain. Kesan kedatangan ini juga memberikan impak kepada kami untuk meneruskan pencarian atau erti kata lain mencari lebih lagi isi-isi yang terdapat dalam tajuk ini