TEORI
- KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU DARI CHINA
- Sep 14, 2015
- 2 min read

Kegiatan perdagangan merupakan satu kegiatan ekonomi yang penting bagi memperkenalkan barangan negara mereka ke dunia antarabangsa. Di China, para pedagang Arab sudah lama wujud dan mereka hanya membawa barangan-barangan seperti bau-bauan, batu-batu yang berharga dan mutiara serta para pedagang ini jga akan membeli mutiara dan tembikar dari China.
Keperluan barangan merupakan faktor yang mewujudkan hubungan secara langsung dan tidak langsung antara pedagang Arab dan Parsi yang menjalankan kegiatan perdagangan dengan negara China. Pada kebiasaanya hubungan perdagangan ini akan melalui jalan darat tapi biasanya pedagang Arab lebih kepada melalui jalan laut, melintasi pantai India dan Asia Tenggara yang mana sebahagian pedagang tersebut akan singgah di pusat perdagangan sepanjang perjalanan mereka.
Di negara China, barangan dari Parsi sangat diperlukan terutamanya pokok Resin atau dikenali dengan ‘Po-Ssu’ atau Parsi. Walaubagaimanapun, pada tahun 500 Masihi ‘Po-Ssu’ yang dipasarkan di China tidak lagi bercorak Parsi kerana ia dianggap berasal dari Sumatera atau Nusantara, ia tetap tidak dapat menandingi barangan dari Asia Barat. Oleh hal yang demikian, Srivijaya telah menawarkan kemudahan kepada pedagang asing dan hal ini telah menyebabkan Srivijaya merupakan salah ssebuah pusat perdagangan yang penting kerana wujudnya hubungan antara Asia Barat dan China sejak awal abad Masihi lagi.
Kegemilangan kota Canton dan Hainan
Teori ini dipelopori oleh seorang penulis Sepanyol Emanuel Godinho de Eredia. Antara bukti dan hujah yang rasional yang dikemukakan oleh penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei bertarikh 1048, di Laren Jawa bertarikh 1082 dan batu bersurat di Terengganu bertarikh 1303. Kesemua bukti sejarah ini mencatatkan adanya masyarakat Islam dan menunjukkan arah kedatangan Islam ke rantau ini melalui negara China. Ini diperkukuhkan dengan hujah bahawa wujudnya hubungan pedagang diantara Tanah Arab dengan negara China yang membawa kepada kemasukan agama Islam, ke negeri China. Daripada negara China, Islam telah dibawa masuk ke Tanah Melayu.
Penemuan batu Nisan
Bagi mengukuhkan hujah mereka yang menerima teori ini, beberapa buah batu nisan yang terdapat di Nusantara menjadi bukti antaranya seperti berikut :
Batu nisan yang dikatakan sebagai Wali Allah berketurunan Arab bertarikh 419H bersamaan tahun 1028M yang terdapat di Pekan, Pahang.
Batu bersurat di Terengganu yang bertarikh pada 702H bersamaan 1303M
Bukti pertama tersebut kerana terdapat ayat al-Quran dan bukti kedua pula mengandungi arahan tentang kewajipan keatas umat Islam supaya mematuhi hukum Allah SWT, lebih-lebih lagi terdapat catatan dalam Dinasti Sung bahawa kedatangan Islam di Nusantara melalui sepanjang pantai laut China dan dibawa oleh pedagang Islam dari Tiongkok pada awal tahun 977M. laporan ini menjadi pegangan kuat S.Q Fatimi bagi membuktikan teori kedatangan Islam itu dari China selain daripada dua batu tersebut.
Comments