top of page

TEORI

  • KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU DARI INDIA
  • Sep 15, 2015
  • 1 min read

Berdasarkan teori ini, terdapat beberapa pengkaji sejarah yang memberi hujah dan bukti-bukti berdasarkan hipotesis mereka. Malah mereka juga tidak bersependapat dalam menentukan daerah manakah India yang membawa Islam ke Tanah Melayu. Van Ronkel menyatakan bahawa Islam dibawa dari India Selatan dengan alasan bahawa semua bentuk-bentuk popular Islam seperti ciri-ciri mistik, sastera roman dan sebagainya berasal dari India Selatan

Manakala S.Q Fatimi di dalam bukunya “Islam Comes To Malaysia” berpendapat Islam datang dari Bengal berdasarkan hujah bentuk batu nisan di Pasai itu miri batu nisan di Bengal. Hujah ini telah ditentang oleh J.P.Moquette, seorang sarjana Belanda dan R.A.Kern dengan mngemukakan bukti tentang adanya kesamaan batu-batu nisan di Pasai, kawasan Utara Sumatera dan di Gerisik Jawa Timur dengan batu nisa di Cambay, Gujerat (Ibid). Tetapi tori ini disangkal oleh seorang Inggeris yang tinggal di Tanah Melayu iaitu G.E.Morisson. beliau menyatakan ketika Samudera diislamkan, Gujerat dan daerah-daerah lain di India masih beragama Hindu. Bengal yang lebih dahulu yang menerima Islam iaitu setelah ditawan oleh orang-orang Islam sejak abad ke-13 dan pada masa itu Gujerat bermazhab Hanafi sedangkan Bengal pula menganut mazhab Shafi’e


 
 
 

Comments


Featured Review
Tag Cloud

© 2015 HAK CIPTA TERPELIHARA - Pengajian Malaysia Team PNS

  • Facebook B&W
  • Twitter B&W
  • Google+ B&W
bottom of page